Sunday, October 30, 2011

Munafikkah Aku

DI DALAM Al-Quran Allah menerangkan bahawa orang yang MUNAFIK di hari Kiamat nanti ianya ditempakkan dibawah karak-karak alas neraka jahanam.

Firman ALLAH :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada darjat yang paling dibawah sekali dalam neraka "

Maka baiklah diterangkan tanda-tanda atau sifat-sifat orang MUNAFIK.
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w dari Abu Hurairah r.a :
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga. Apabila ia berkata, ia berdusta; apabila ia dipercayai ia khianat; dan apabila ia berjanji ia mungkir "

Dan lagi Firman ALLAH;
"Sesungguhnya orang-orang MUNAFIK itu menipu ALLAH sedang ALLAH menipu (istidraj) mereka itu. Jika mereka berdiri mengerjakan sembahyang mereka berdiri dengan malas serta ria' kepada manusia, tiada mereka itu menyebut NAMA ALLAH melainkan sedikit sahaja "

maka pada hujung ayat itu diterangkan oran-orang yang hanya sedikit menyebut NAMA ALLAH atau orang-orang yang sedikit MENGINGATI ALLAH maka orang itu telah dinamakan oleh ALLAH orang MUNAFIK, sedang tiap-tiap orang MUNAFIK tempatnya didalam NERAKA yang terkebawah sekali.

Firman ALLAH;
"Mereka itu lupa kepada ALLAH, maka ALLAH pun melupakan mereka itu. Sesungguhnya orang-orang MUNAFIK itulah orang-orang yang FASIK "

Kedua-dua ayat tersebut disebabkan sedikit INGAT kepada ALLAH atau LUPA kepada ALLAH, maka orang itu sudah bernama MUNAFIK dan sesiapa telah banyak-banyak MENYEBUT NAMA ALLAH atau telah banyak MENGINGATI ALLAH maka orang itu tidak bernama MUNAFIK lagi. Maka supaya terlepas kita daripada sifat-sifat MUNAFIK maka hendaklah kita memperbanyak ZIKIRULLAH atau MENGINGATI ALLAH.

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w ;
"Barangsiapa membanyakkan MENYEBUT ALLAH TA'ALA maka sesungguhnya telah lepas ianya daripada MUNAFIK"

Kesimpulan dalam bab ini bahawa SEDIKIT INGAT kepada ALLAH atau sedikit ZIKIRULLAH, maka ALLAH dan Nabi Muhammad s.a.w. telah menamakan orang itu MUNAFIK, apalagi kalau TIDAK INGAT kepada ALLAH sedikit juga. Dari itu marilah kita perbanyak MENGINGATI ALLAH selama hidup kita, dan sedapat mungkin tiap-tiap NAFAS kita turun naik adalah BERSERTA DENGAN MENGINGATI ALLAH TA'ALA. Menurut kata Ahli Tarekat Sufiah NAFAS kita turun naik dalam sehari semalam sebanyak 28,000 nafas, dan kalau boleh tiap-tiap NAFAS itu dalam INGAT KEPADA ALLAH. Maka diharap kalau kita bertemu dengan seseorang yang memperbanyak ZIKRULLAH JANGANLAH kita ketawakan SEBAB orang itu sedang berkerja MENGUBATI PENYAKIT MUNAFIK YANG BERSARANG DALAM HATINYA...

0 comments:

 
MADIHAH MUSTAFA COPYRIGHT