Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 2011

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada korang semua. Walaupun ada yang saya kenal, ada yang tidak. Bagi rakan-rakan blogger sekalian, saya mintak maaf sangat-sangat sebab jarang melawat blog korang. Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan para pembaca dan atas segala kesilapan saya yang telah berlaku disepanjang ‘perkenalan’ kita selama ini.

So, persiapan raya korang macam mana ? Berapa juta dah korang sedekah kat penjual-penjual baju? kuih? Kasut segala? Hehe...Beli mana yang perlu sahaja ok...Janagn terlalu ikutkan nafsu serapah tu..hohoho..Berbelanjalah ala kadar sahaja ok dear...Tidak sabar berkumpul kami adik beradik sekeluarga. Itulah yang paling bahagia sekali.

Korang balik kampung tak....Saya balik kampung juga kat Perlis dan Perak. Doakan semoga perjalanan saya selamat dan tiada apa-apa masalah. Be safe and drive safe, have a good celebrations and holiday! Nampaknya puasa kian menghilang dan hari raya pula menghampiri kita. Rasa sedih meninggalkan Ramadhan kali ni. Belum tentu dapat lagi berjumpa dengan next Ramadhan. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang nanti.Insyaallah.Doakan semoga kita dipanjangkan umur dan murah rezeki.

Kita renungi syair Arab;

“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comments:

fiqasaiful said...

selamat hari raya aidilfitri :)

 
MADIHAH MUSTAFA COPYRIGHT